AI paper index
Tahap Pengetahuan dan Penerimaan Pelajar TVET terhadap Penggunaan Kecerdasan Buatan dalam Pembelajaran Digital: Kajian di Kolej Komuniti Temerloh
One-line summary
An AI research paper on Tahap Pengetahuan dan Penerimaan Pelajar TVET terhadap Penggunaan Kecerdasan Buatan dalam Pembelajaran Digital: Kajian di Kolej Komuniti Temerloh.
Engineering notes
Engineering notes will be added by the aipentium editorial team.
Chinese explanation / 中文解读
中文解读待补充:本站会优先为大语言模型、生成式AI、ChatGPT相关技术、计算机视觉、深度学习等高价值论文补充中文说明。
Original abstract
ABSTRAK Dalam era pendidikan digital, teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI) semakin memainkan peranan penting dalam menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan pesat teknologi AI selepas tahun 2023 telah mempercepatkan integrasi aplikasi AI generatif dalam pendidikan seperti ChatGPT, Copilot dan sistem pembelajaran adaptif. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pengetahuan, penerimaan serta cabaran yang dihadapi oleh pelajar Kolej Komuniti Temerloh terhadap penggunaan AI dalam pembelajaran digital. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah soal selidik berstruktur berasaskan skala Likert lima mata. Seramai 133 orang pelajar daripada empat program pengajian telah dipilih sebagai responden kajian. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) bagi mendapatkan statistik deskriptif seperti min, sisihan piawai dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pelajar terhadap teknologi AI berada pada tahap tinggi dengan nilai min melebihi 4.0 bagi semua item yang dikaji. Selain itu, tahap penerimaan dan kesediaan pelajar menggunakan AI dalam pembelajaran juga adalah tinggi dengan peratus persetujuan melebihi 74%. Walau bagaimanapun, beberapa cabaran turut dikenal pasti termasuk kebimbangan terhadap isu etika, risiko kebergantungan kepada AI serta kekurangan bimbingan dalam penggunaan teknologi tersebut. Bagi meningkatkan penggunaan AI secara berkesan dalam pembelajaran, responden mencadangkan pelaksanaan latihan dan bengkel AI, bimbingan pensyarah serta penyediaan garis panduan etika penggunaan teknologi. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa AI mempunyai potensi besar dalam menyokong pembelajaran pelajar TVET sekiranya disertai dengan sokongan institusi dan panduan penggunaan yang jelas. Kata kunci: kecerdasan buatan, penerimaan pelajar, pembelajaran digital, pendidikan TVET, Kolej Komuniti ABSTRACT Artificial Intelligence (AI) is increasingly playing an important role in supporting teaching and learning processes in the digital education era. The rapid development of AI technology after 2023 has accelerated the integration of generative AI tools such as ChatGPT, Copilot and adaptive learning systems in education. This study aims to examine the level of knowledge, acceptance and challenges faced by students of Temerloh Community College in using AI in digital learning.A quantitative research design was employed using a structured questionnaire based on a five-point Likert scale. A total of 133 students from four academic programmes participated as respondents. Data were analysed using the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) to obtain descriptive statistics such as mean, standard deviation and percentage. The findings indicate that the level of students’ knowledge of AI technology is high, with mean values exceeding 4.0 across all measured items. In addition, the level of acceptance and readiness to use AI in learning is also high, with more than 74% agreement across the items. However, several challenges were identified including ethical concerns, overdependence on AI and lack of proper guidance in using the technology. Respondents suggested several strategies to improve AI usage in learning, including AI training workshops, lecturer guidance and the development of ethical guidelines for technology use. Overall, the study highlights the potential of AI to support learning among TVET students when supported by appropriate institutional policies and guidance. Keywords: Artificial Intelligence, Student Admissions, Digital Learning, TVET Education, Community Colleges
Links and sources
Need this topic turned into a technical roadmap?
aipentium can prepare a custom AI literature review, code map, dataset map, and B2B technology assessment.
Request B2B AI research
Comments